Saturday, 2 August 2014

RAYA OH RAYA : Tips Melegakan Batuk


Raya Oh Raya..Bila Raya time nie la kan nak makan apa sahaja yang terhidang depan mata, Diet ! Ooohh No No Diet di bulan syawal ni ( Itu untuk yang berdiet la ye) segala pantang larang dilanggarnya..tak pe nanti lepas tu boleh dietkan...

Eehh tersalah sasar plak, nie bukan nak cerita pasal diet tapi antara penyakit yang selalu singgah time Raya2 camni...BATUK oh BATUK...haaa mesti tak syokkan nak gi beraya tapi kita nie asyik terbatuk batuk je, tak selesa sungguh..tak sukakan kalau kena batuk nak berdepan dengan orang pun malu...bertambah tak bestnya air yang terhidang semuanya sedap2 best2, air warna Merah Kuning Hijau dah macam traffic light pun ada..tu belum yang Air Bergaskan..bila dah minum haii la bertambah la meriah batuknya...siap sedia Ubat sebotol..Taapiii bila ubat dah habis sebotol pun tak mampu hilangkan batuk ..Camne tu? tekak bertambah perit, gatal gatal, tidur pun tak lena...bertambah keesiaan bila tengok si kecil pun batuk sama..

Alamak berceloteh panjang la plakk...ok..ok Puan puan kat bawah nie ada beberapa petua yang diamalkan oleh Atuk Nenek dulu..Kata Mak ubat doktor nie bukan tak elok tapi banyak bahan sampingannya..bukan menidakkan cara moden tapi tak salahkan mencuba yang tradisi..Inn Shaa Allah berhasil

1) campurkan sesudu kicap + perahan limau kasturi.. minum setiap pagi dan malam

2) minum madu yang dicampur dengan perahan limau nipis/ limau kasturi..minum setiap pagi dan malam

3) Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam (boleh rujuk caranya dalam gambar di atas)

4) untuk anak2, anda boleh berikan setengah sudu kecil madu asli dibancuh bersama air suam dan minum

5) ada juga petua suruh makan 2 ulas bawang putih bakar. setiap malam..yang nie untuk yang tahan bau bawang la ye ;)

6) Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam..

7) Wapkan bayi yang batuk berkahak.. biar dia menangis / sampai termuntah dan tepuk2 rusuk kiri kanan bayi, depan dan belakang dada, tepuk perlahan bentukkan tangan berbentuk cuping telinga.. kahak akan cair dan keluar melalui najis.. yang cara ni hati ibu kena kuat & cekal.. kalau tak, ibu pun nangis sama..huhu..leb
ih baik guna cara ni dari beri ubat batuk tau..anak pun tidur lena.

Sedikit perkongsian ilmu yang saya tahu.. Petua-petua ni kena amalkan dan kena sabar ok. sesungguhnya kita berikhtiar, dan selebihnya bertawakallah..SELAMAT MENCUBA ;)

Perkongsian Bersama ; Jom Cantik Bersama https://www.facebook.com/InspiredByMAMI


No comments:

Post a Comment