Tuesday, 5 August 2014

Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya


Siapa Mampu menolak juadah Hari Rayakan ? Lemang, Ketupat, rendang masakan ibu yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan..semua terhidang sambil menunggu untuk dijamu oleh anak2 dan tetamu yang datang bertandang. Sementara menunggu makan tengahari mulut tak berhenti mengunyah biskut raya dibeli..sambil menonton sedar tak sedar habis sebalang kuih dan kerepek dimakan...

Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula ,garam serta kolestrol yang tinggi..itu belum pelbagai minuman manis yang tersedia...itulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiapa kali menjelang syawal..puasa sebulan diet dah...bila syawal tiba makan semuanya ;)

Makan dengan banyak boleh menyebabkan diabetis dan tekanan darah tinggi terutama buat ibu hamil..dibawah nie antara makanan yang boleh dipraktikan untuk anda..dan apa yang perlu di elakkan ;

Makanan Alas Perut 
Makanan alas perut yang perlu diambil diwaktu pagi sebelum menikmati juadah raya ialah limau, epal hijau, kiwi, sayuran seperti salad.

Elak Kafein 
Bukan hanya kopi dan teh sahaja malah semua jenis minuman berkarbonat mengandungi kafein. pengambilan minuman berkafien bersama lemang , rendang dan sebagainya akan memudaratkan usus. sebaliknya minum bersama air suam @ jus buah buahan. Untuk lebih baik ambilan bersama soy lecithin makan makanan berlemak yang akan berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.

Elak Kerepek
Kerepek adalah makanan yang perlu dielakkan kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Makanan yang bergoreng boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaian disaran mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A, C, E. Jika anda suka makan kacang, makanlah kacang parang atau kacang kuda kerana ia mengandungi lemak baik atau omega yang tinggi..cari yang panggang punya ye bukan yang goreng tau ibu2.

Elak makan Protein bercampur
Janganlah makan protein sekaligus, contohnya makan daging, ayam, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadam protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan..so apa pulak yang akan jadi dengan ayam, daging, sotong itu ? jika tidak dibuang ianya akan menjadi toksin dan menyebabkan penyakit migrain dan masalah masalah lain.

Risiko Makan Banyak.
Antra risikonya adalah sembelit, apabila ia berlaku masalah buasir akan timbul , selain itu usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekaligus mengakibatkan sistem penghadaman tidak berfungsi secara baik..ini akan memudaratkan ibu2 mengandung dan juga bayi dalam kandungan.

Apa yang Perlu
Buanglah air besar sekurang2 nya sekali dalam sehari, selain menikmati makanan yang sedap pastikan anda juga minum air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari demi kesihatan ibu hamil dan juga anak dalam kandungan.

*artikel ini sekadar rujukan dan panduan sahaja. pembaca dinasihat untuk merujuk kepada pihak yang bertauliah untuk mempraktikannya..jika berlaku sebarang masalah yang lebih besar anda dinasihatkan terus ke pakar perubatan yang bertauliah...

Jom Sihat Jom Cantik bersama InspiredByMAMI 
Sumber : Perkongsian Ibu2 Terhebat 




No comments:

Post a Comment